Khamis, 17 Ogos 2017

10 Sebab Rata-Rata Penyokong Kelantan Tidak Mahu Dato Vida Jadi Presiden KAFA


10 Sebab Rata-Rata Penyokong Kelantan Tidak Mahu Dato Vida Jadi Presiden KAFA

1. Salah satu dari dua syarat Dato Vida iaitu mahu penyokong TRW beli produk Pamoga Qu Puteh mendapat reaksi negatif dianggap 'Mengarut' dari para penyokong  kerana harga produk bukan murah dan bukan harga mampu milik di setiap golongan.

2. Dato Vida tidak ikhlas mahu membantu Kelantan kerana beliau lebih mengutamakan jualan produk berbanding pasukan negeri Kelantan.

3. Dato Vida mungkin akan tarik diri sekali lagi di tengah jalan buat kali kedua jika jualan produk di kalangan penyokong TRW tidak memuaskan hati Dato Vida dan juga bukan seorang yang boleh menerima kritikan berbisa(takir) daripada beribu-ribu penyokong TRW.

4. Dato Vida seorang tiada jiwa bolasepak tetapi seorang bisnes yang bijak yang mengambil kesempatan atas kesusahan pasukan Kelantan dan para pemain TRW dengan membuat promosi produknya.

5. Penyokong Kelantan tidak mahu Dato Vida sekali lagi mengacau penaja lain seperti kes dahulu apabila Dato Vida mahu jenamanya DSV menggantikan HORC(Nike) sebagai jenama jersi Kelantan 2016 sekaligus menghampakan harapan penyokong Kelantan mahu memakai jersi jenama Nike

6. Penyokong Kelantan FA serik tidak mahu kena tipu lagi dengan harapan palsu diberikan Dato Vida mahu membantu pasukan Kelantan seperti sebelum ini.

7. Penyokong Kelantan FA tidak mahu jersi Pink kembali menjadi warna jersi utama pasukan The Red Warriors pada musim hadapan

8. Penyokong Kelantan FA tidak mahu perempuan jadi pemimpin KAFA dan juga individu yang selalu timbulkan publisiti negatif dan murahan sehingga boleh menjatuhkan imej pasukan Kelantan FA

9. Ultras Kelate, Gate H Boys turut tidak mahu dan berharap Dato Vida tidak lagi mencampuri urusan bolasepak Kelantan kerana DSV dianggap seolah-olah mahu meraih publisiti sekaligus memberi promosi produknya secara tidak langsung,

Inilah komen Gate H Boys melalui facebook rasminya :

"Pesanan khas untuk Seri Vida. Cukup cukuplah nak cari publisiti murahan, cukup cukuplah nak buat drama. Anda sudah cukup bersohor diserato alam dekat Malaysia ni. Tidak perlu masuklah dalam urusan bola sepak Kelantan. Baik dari segi Sponsor ataupun mahu melobi menjadi Presiden KAFA ataupun apa apa hok berkaitan dalam bolasepak Kelantan.
"Bukan kito bodoh sombong takse raih sponsor, takse raih orang serupo demo. Benda sudah terbukti sebelum ni banyak buruk dari baik. Cukuplah dengan mimpi buruk kami penyokong Kelate dengan stadium warna pink hok demo tinggal. Mungkin duit segala galanya bagi orang serupo demo, tapi bagi kami rakyat Kelantan. Cukuplah hidup dengan berpada pada, dengan tenang tenang saja nikmati bolasepak dengan cara "kampung" kito dengan cara maruah kito terbelo.

"Cukup cukuplah sebelum ni dengan gelaran The Pamoga Qu puteh The Red Warriors. Mengucap panjang Ayoh Haji hujung kampung dengar namo Rek Woriyorrrr. Walaupun sekodar sekodar demo buat berito gini. Takpolah ni ambo tolong promo ko demo Seri Vida. Cumo mitok tolong toksoh jadi bagar kokse kokdelah.
"P/S : Bayar suratkhabar untuk buat berita viral jah sebenarnyo kakah ni." - Gate H Boys 

10. Kesimpulan, hampir majoriti para penyokong The Red Warriors tidak mahu Dato Vida kembali apatah lagi mahu beliau menjadi presiden KAFA seterusnya kerana beliau pernah mungkir janji dan menghancurkan harapan semua penyokong Kelantan sebelum ini. 

Jumaat, 11 Ogos 2017

Inilah Pendapat Presiden FAM, Kevin Dan Shebby Mengenai “PEMAIN ANAK JATI”

Image result for tmj kevin ramalingam

Inilah Pendapat Presiden FAM, Kevin Dan Shebby Mengenai “PEMAIN ANAK JATI”


Ketika FB LIVE 'FACE OFF' DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR, SHEBBY SINGH DAN PANEL JEMPUTAN YANG LAIN, TMJ, Shebby dan Kevin berbincang dan memberi pendapat mengenai 'ANAK JATI'

Kevin : "Ini pendapat saya, kita selalu dengar anak jati, persoalannya berapa pemain barcelona yang asalnya daripada barcelona ataupun pemain liverpool yang sekarang berasal daripada liverpool sejatinya, i mean that football international game"

TMJ : "is that what happen when the group of people dah tak ada nak cari alasan to discriminate atau cakap benda-benda yang negatif,they just come up with their own idea so that you just accept je lah, is not something should even to me layan because it is not point, i argue with the fools only proof the truth, bahasa melayu i dont know how to translate it"

Shebby : "Mungkin diorang tak faham dengan perkataan evolusi bolasepak, pada dulu kalau 20-30 tahun dulu kita lebihkan kepada semangat kenegerian tetapi kini sudah ada pelbagai kelab jadi bolasepak dah evolusi, zaman berubah, kita harus berubah jadi pemikiran kita pun kena lebih matang dan kejayaan seterusnya itu mungkin kita tak tahu bagaimana nak berjaya kita ikut contoh"

"JDT Satu Tanda Aras Patut Diikuti Semua Pasukan Dan Perlu Leader Seperti TMJ" - Hai O


Gambar : PFAM

"JDT Satu Tanda Aras Patut Diikuti Semua Pasukan Dan Perlu Leader Seperti TMJ" - Hai O

Ketika FB LIVE 'FACE OFF' DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR, SHEBBY SINGH DAN PANEL JEMPUTAN YANG LAIN. Hairuddin Omar menyatakan JDT adalah satu tanda aras dan sepatutnya diikuti semua pasukan Malaysia

Hairuddin Omar : "JDT telah meletakkan satu tanda aras dan sepatutnya diikuti semua pasukan-pasukan malaysia, Untuk menjadi seperti JDT telah lakukan, ia memerlukan leader yang seperti tuanku, saya bukan kata saya nak memuji sebab saya bermain banyak pasukan"

TMJ : "Berapa pasukan yang awak main? First?"

Hairuddin Omar : "Saya main 7 pasukan, First Terengganu, ATM, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan, T-Team"

TMJ : "7 weh"

Hairuddin Omar : "Saya melihat untuk menjadi leader, ketua kepada pasukan bolasepak di Malaysia, Ia memerlukan seseorang yang pertama visi yang jelas kemana mahu bawa pasukan tersebut, yang kedua mesti ada minat kepada pasukan dan bolasepak, dan yang ketiga ia mesti ada sedikit kuasa, dengan kuasa yang ada dia boleh mengarah, itu penting dalam bolasepak, ini asas yang perlu ada dalam pasukan-pasukan sebenarnya, kalau tanya saya pemain, jurulatih, siapa yang tak nak main dengan JDT, siapa yang tak nak jadi coach JDT, sebab kat sini semua fasiliti cukup lengkap untuk sebuah pasukan bolasepak"

TMJ : "ia datang dengan kerja keras, komitmen dan basically pun saya pun belajar dari ramai orang juga"

Thailand Diketepikan, Filipina Tidak Ragu-Ragu Pilih Malaysia Bakal Juarai Sukan SEA

Gambar : HMETRO
JURULATIH pasukan bola sepak Filipina bawah 23 (B-23) Marlon Maro percaya Malaysia mempunyai kelebihan untuk merangkul pingat emas pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).
Jurulatih berusia 52 tahun itu berkata biarpun Thailand menjadi pasukan pilihan untuk memburu gelaran hatrik pada edisi kali ini, namun beliau percaya skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee masih pasukan pilihan selepas menunjukkan perkembangan menakjubkan sejak kebelakangan ini.
“Thailand merupakan pasukan yang mantap tetapi saya memilih Malaysia. Berdasarkan sejarah Malaysia selaku tuan rumah mempunyai peluang yang cerah untuk ke final dan seterusnya merangkul ibu segala pingat temasya dwitahunan itu.
“Lagipun, Malaysia telah menampilkan persembahan yang baik sejak kebelakangan ini dan saya tidak ragu-ragu dengan kemampuan pasukan tuan rumah,” katanya di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), di sini hari ini.
Marlon berkata pasukan Filipina menyasarkan slot ke separuh akhir pada temasya sukan ini dengan negara itu disenaraikan dalam kumpulan B bersama-sama Vietnam, Laos, Myanmar, Brunei dan Timor Leste.
Malaysia dalam kumpulan A bersama-sama Indonesia, Singapura, Thailand dan Kemboja.
Marlon berkata prestasi pemainnya kini dalam keadaan lebih baik berbanding edisi lalu di Singapura pada 2015 selepas mengadakan beberapa perlawanan persahabatan di Jepun dan Kemboja sebelum bertandang ke sini.
“Kita semua tahu Filipina berada dalam kumpulan maut bersama dengan Vietnam dan Myanmar tetapi kita akan hadapi permainan demi permainan.
“Matlamat utama kami tahun ini layak ke separuh akhir, selepas gagal pada edisi lalu,” kata Marlon yang merupakan bekas pemain bola sepak skuad kebangsaan Filipina.
Filipina yang gagal melayakkan diri ke separuh akhir pada edisi 2015, berada dalam Kumpulan B bersama-sama Indonesia, Kemboja, Thailand, Vietnam dan Timor Leste.
Mereka akan memulakan kempen menentang Kemboja di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada 15 Ogos.

Sumber : METRO

Safawi Harap Barisi Dalam Senarai Akhir 20 Pemain Skuad Sukan SEA


Sukan SEA: Safawi harap barisi senarai akhir 20 pemain
Gambar : STADIUM ASTRO


Penyerang skuad bawah 22 tahun (B-22) negara, Safawi Rasid, mengakui berdepan saingan sengit untuk berada dalam senarai akhir 20 pemain bagi menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 susulan terlepas aksi kelayakan Piala AFC Bawah 23 Tahun, bulan lalu.

Safawi tidak dapat bersama ke Bangkok, Thailand ekoran tidak mendapat pelepasan daripada Johor Darul Ta'azim (JDT) yang memerlukan khidmatnya bagi menghadapi saingan Liga Malaysia ketika itu.

Bagaimanapun, dia kembali memperkuatkan pasukan dengan misi membantu skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee merebut ibu segala emas dalam temasya KL2017.

"Sekarang ini saya cuma berusaha dengan baik. Insya-Allah jika jurulatih Kim Swee memberikan peluang, saya akan beri yang terbaik," ujar Safawi.

Beraksi di posisi penyerang, pemain kelahiran Terengganu ini perlu bersaing dengan Syafiq Ahmad, Jafri Firdaus Chew, S. Kumaahran, N. Thanabalan dan Sean Eugene Selvaraj bagi merebut tempat dalam skuad akhir Kim Swee yang akan diumumkan esok.

"Saya tidak ada masalah kerana walaupun terlepas saingan kelayakan Piala AFC B-23 Tahun, saya sudah bersama mereka sebelum ini," tambah Safawi.


Sumber : STADIUM ASTRO

[VIDEO] : Penjelasan Rani Kulup Isu Lamar DSV Dan Siti Kassim, Lawak Habis Ayah 😂😂😂


[VIDEO] : Penjelasan Rani Kulup Isu Lamar DSV Dan
Siti Kassim, Lawak Penjelasan Ayah 😂😂😂

Ayah Rani Kulup memberi penjelasan mengenai lamaran beliau kepada Siti Kassim dan juga Dato Seri Vida,

Rani Kulup turut mendedahkan bahawa lamaran tersebut bukan serius dan hanya usikan semata-mata malah beliau turut tak jangka perkara ini menjadi viral di media sehingga memasuki media akhbar.

Rani Kulup merasa lega apabila lamaran tersebut ditolak malah beliau risau jika lamaran tersebut diterima Siti Kassim atau Dato Vida.

Khamis, 10 Ogos 2017

Akhirnya, Tan Cheng Hoe Beritahu Perkara Sebenar Mengenai Kenapa Berpindah Ke FAM!


SAYA MAHU BEKERJA DENGAN SESEORANG YANG TIADA KAITAN DENGAN POLITIK DAN HANYA TUMPU PERHATIAN PADA BOLA SEPAK SAHAJA

Saya berasal dari Kedah. Dan sudah tentu saya mempunyai rasa sayang dan hormat kepada Kedah. Tetapi kita bercakap mengenai perspektif bola sepak. Semua penyokong perlu berfikir di luar kotak. Di waktu kita berbangga dengan prestasi dan idea kita sendiri. Dunia tidak melihat kita, dunia hanya melihat JDT. Kenapa dunia melihat JDT? Kenapa JDT menerima banyak pengiktirafan dari dalam dan luar negara? Terutamanya dalam dunia bola sepak. Ia kerana mereka melakukan perkara yang betul, dari segi pembangunan belia, pemasaran mereka, wang mereka, kemudahan mereka, perancangan jangka panjang, kolaborasi kelab luar dan kesemuanya.

Perancangan jangka panjang yang mereka miliki adalah untuk 20-30 tahun. Mereka mungkin tidak membangunkan pemain seramai yang kita lahirkan, tetapi mereka masih mempunyai perancangan jangka panjang yang mereka sedang lakukan sekarang dalam semua aspek. Dan inilah sebab mengapa semua jurulatih dan juga semua pemain mahu bermain untuk JDT. Itulah realiti. Malah saya tahu semasa saya di kedah ramai pemain Kedah juga mahu pergi ke JDT, tetapi JDT jelas mempunyai perancangan mereka sendiri.

Tetapi sekarang mengenai keputusan saya bersama pasukan kebangsaan. Banyak spekulasi yang mengatakan bahawa presiden, iaitu DYAM Tunku Mahkota Johor cuba menjatuhkan pasukan Kedah. Tetapi apa yang benar-benar berlaku adalah saya melihat peluang untuk saya bekerja dengan orang yang benar-benar sukakan bola sepak, yang banyak membantu ramai dalam sukan bola sepak di negara ini, dan yang tidak mempunyai sebarang hubungan politik. Kerana seandainya esok katakan, berlakunya isu politik atau sesuatu yang terjadi di Kedah, maka hanya Tuhan sahaja tahu apa yang akan berlaku kepada pihak pengurusan.

Anda boleh lihat apa yang berlaku kepada Felda, anda dapat melihat apa yang berlaku di Selangor, tiada konsistensi apabila bola sepak dilaksanakan berkait dengan politik. Dan oleh kerana itu saya ingin bekerja dengan seseorang yang tidak ada hubungannya dengan politik dan individu itu adalah DYAM Tunku Mahkota Johor. Saya ingin bekerja untuknya kerana saya melihat bukan sahaja baginda tidak dikaitkan dengan politik tetapi baginda juga mempunyai banyak visi yang jelas dapat dilihat.

Anda boleh mempunyai wang tetapi jika anda tidak mempunyai visi, jika anda tidak tahu apa yang anda lakukan, anda tidak akan boleh melaksanakannya. Jelas dapat dilihat apa yang baginda lakukan telah berjaya. Lihat sahaja konsistensi kelabnya, kejayaan di dalam dan di luar padang. Tenaga dan masa yang diletakkan untuk FAM, perancangan dan visi yang dapat saya rasakan, saya ingin menjadi sebahagian daripada organisasi tertentu yang bekerja untuknya.

Ia bukan mengenai wang. Ini kerana saya tidak mendapat banyak wang dalam FAM berbanding dengan kedah tetapi saya mahu bekerja dengan seseorang yang ada visi dan tenaga untuk laksanakan cita cita dan visi. Dan itulah sebabnya saya berada di sini. Saya tidak faham kenapa isu ini perlu diperbesarkan kerana saya berada disini pun mewakili negara anda semua bukan mewakili pasukan lawan. 

Takkan anda mahu bising kepada negara anda sendiri? Jadi saya berharap selepas ini tidak akan ada lagi spekulasi itu ini dan segala-galanya kerana tidak ada gunanya anda berjuang melawan antara sama sendiri. Yang penting kita menghormati, belajar dan membantu antara satu sama lain.