RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Khamis, 29 Jun 2017

[Kenali Pemain] : Mohammed Ghaddar Pemain Import JDT


Biodata Mohammed Ghaddar Penyerang Machine GOAL Kelantan FA 2017

Siapa tak kenal Mohammed Ghaddar? Mohammed Mahmoud Ghaddar adalah pemain prolifik Lubnan dan bekas pemain pasukan Kelantan FA dan sekarang menyarung jersi JDT dan juga pasukan kebangsaan Lubnan, di mana beliau bertindak sebagai penyerang utama. Ghaddar pernah dinobatkan sebagai atlet paling kaya no.3 di Lubnan, Lihat disini.


Namanya menjadi semakin popular di Malaysia selepas berjaya menjaringkan gol sebanyak 16 dalam 7 perlawanan Liga Super Malaysia 2017 bersama skuad The Red Warriors di pusingan pertama Liga Super.


Biodata Mohammed Ghaddar Penyerang Machine GOAL Kelantan FA 2017

Apa yang menariknya tentang Ghaddar? Beliau adalah seorang pemain yang mempunyai skil yang baik, kawalan bola dan tajam menjaringkan gol. 


Oleh sebab itu, hanya 7 perlawanan Ghaddar mampu mencetak 16 gol dan kini menjadi penjaring gol terbanyak Liga Super Malaysia 2017. 


Nak tahu lebih lanjut tentang Ghaddar, jom terjah biodata Mohammed Ghaddar!


Biodata Mohammed Ghaddar 2017


Nama Penuh : Mohammed Mahmoud Ghaddar
Umur : 33 tahun (2017)
Posisi : Penyerang
Asal : Lubnan
Tinggi : 181cm
Kelab :
● Nejmeh
● Al-Shabab
● Al-Ahly
● Tishreen SC
● Al-Jaish
● Kelantan
● Felda United
● Al-Faisaly
● Naft Al-Wasat
● Tripoli
● Kelantan


● Johor Darul Takzim (Kini)


Hasil Undian di twitter Lebanon FA, penyokong pasukan lubnan rata-rata setuju Ghaddar berhak dapat panggilan skuad kebangsaan Lubnan ketika perlawanan Kelayakan Piala Asia 2019 menentang Hong Kong dan Ghaddar menjaringkan 1 gol dan 1 assist perlawanan tersebut.

Ghaddar turut menjaringkan 18 Gol bersama skuad kebangsaan Lubnan FA hanya beza 2 gol sahaja dengan Top Skor sepanjang zaman Lubnan FA iaitu Roda Antar 20 Gol





Rekod Ghaddar 2012 agak mengagumkan menyumbang 21 gol musim 2012 dan membantu pasukan meraih kejuaraan treble tahun 2012 buat kali pertama buat Kelantan FA selepas aksi rekod cemerlang ghaddar bersama pasukan Kelantan, Ghaddar menjadi rebutan pasukan liga malaysia dan menolak untuk sign kontrak baru bersama Kelantan FA dan lebih memilih untuk bersama Felda United 2013 dan menyumbang 3 gol sahaja. Tetapi jodohnya tidak panjang, apabila Ghaddar ditimpa kecederaan yang panjang sekaligus Felda United menyingkirkan Ghaddar.

Pada tahun 2014, Kelantan FA sekali lagi meminang ghaddar buat kali kedua dan diikat kontrak selama 2 tahun selepas Kelantan buntu mencari pengganti striker berbisa, Tetapi aksi Ghaddar tidak lagi menyengat seperti 2012 hanya menyumbang 4 gol di liga super, 1 gol di AFC cup dan 1 lagi gol di Piala FA. Tambahan lagi, pemain ini sering kali ditimpa kecederaan, fitness sangat kurang dan juga mempunyai pelbagai masalah displin bersama Obinna sehingga KAFA terpaksa membuat keputusan membatalkan kontrak Ghaddar pada 23 april 2014.


Pada Tahun 2017, Tan Sri Annuar Musa membuat keputusan besar dan sanggup mengambil risiko iaitu sekali lagi mengambil pemain umur 30+ dari kelahiran Lubnan Mohammed Ghaddar buat kali ketiga yang pada waktu dahulu pernah membuat masalah displin pada tahun 2014, Tetapi Ghaddar sangat gembira apabila mendapat tawaran dari Tan Sri Annuar Musa seolah-olah pemain ini menantikan tawaran bersama Kelantan untuk menebus balik kekecewaan kegagalan membantu Kelantan 2014 dan membuat azam baru bahawa beliau tidak lagi pemain nakal seperti dahulu dan mahu membantu Kelantan FA. 

Ghaddar membuktikan kata-katanya apabila berjaya menjaringkan 16gol dalam 9 perlawanan! malah rekod beliau lebih cemerlang berbanding 2012 menjaringkan 9 gol di liga super satu musim dan membuat perpindahan mengejut ke pasukan juara liga super 2016, Johor Darul Takzim tidak lama kemudian dan setakat ini berjaya menghasilkan 1 assist pada perlawanan sulung bersama JDT ketika menumpaskan PKNS FC 1-0