RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Jumaat, 30 Jun 2017

Sarawak Mahu Bangkit, Tiada Lagi Istilah Kekalahan Menentang TRW Selepas Tragedi di Sabah


Lupakan kisah pahit dan tragedi di Sabah. Itu cerita lama, pesan Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais, kepada anak-anak buahnya.

Menurutnya, episod kekalahan dalam perlawanan persahabatan menentang Sabah selain trauma terlibat kemalangan maut apabila seorang penunggang motosikal merempuh bas sewa pasukan sewaktu berkunjung ke Kota Kinabalu sebelum Aidilfitri lalu, harus segera dilenyapkan.

"Kita harus bangkit!

"Kekalahan ini bukan tanda mengukur keupayaan sebenar pasukan. Ia hanya aksi ujian dan pengemudi pasukan, David Usop, banyak melakukan penyesuaian selepas itu," katanya selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Setiausaha Agung FAS, Razali Dolhan, di Kuching.

Katanya, tumpuan pasukan kini perlu terarah kepada aksi menjinakkan The Red Warriors (TRW) pada Sabtu ini.

"Tiada lagi ruang kesilapan. Tiada lagi istilah kekalahan. Yang ada hanyalah tiga atau satu mata yang akan dibawa pulang," katanya lagi.

Prestasi tenggelam timbul, tegasnya, harus tinggal sejarah, sementelah Sarawak telah berwajah baharu dengan memiliki dua import baharu, iaitu Mohamad Sahil Suhaimi dan Milos Raickovic.

"Saya juga menuntut komitmen berterusan Demerson Bruno Costa dan Mateo Roskam yang setakat ini tidak pernah mempamerkan aksi mengecewakan," jelasnya.

Dalam aksi persahabatan di Kota Kinabalu, Sarawak tumpas 2-1, 6-1 dan 3-2 kepada Skuad Badak pimpinan Julius Ating.

Sementara itu, jurulatih Sarawak, David Usop, yakin anak-anak buahnya mampu memberi saingan getir kepada Kelantan.

"Berdasarkan latihan hari ini, semangat mereka jelas tinggi dan kembali kepada asal.

"Kesemua pemain juga bebas daripada kecederaan dan ini membuka peluang kepada kami untuk mencatur strategi.
"Cuma yang penting adalah untuk memastikan setiap pemain dapat memberikan fokus penuh kepada permainan dan menutup ruang kepada kesilapan," tambahnya.
 

Sumber : STADIUM ASTRO