RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Selasa, 13 Jun 2017

Tersebar Gambar Nama Dickson Nwakaeme dalam Senarai Pemain Import Pahang


Tergempar hari ini apabila tersebar gambar senarai nama pemain import Pahang dimana terdapat nama Dickson Nwakaeme turut berada dalam senarai pemain import Pahang bakal didaftarkan, Namun adakah ini senarai nama pemain import Pahang asli atau direka-reka para penyokong bolasepak tempatan.


Sebelum ini, Dollah Salleh melalui media akhbar Berita Harian 7 Jun pernah menafikan spekulasi pemain tersebut bakal kembali menyarung jersi Pahang FA dan juga menegaskan mahu mengekalkan pemain yang sedia ada.


Malah Felda United turut pernah cuba merisik Nwakaeme sebaik saja pemain ini tamat kontrak bersama kelab liga utama Perancis, Angers FC. Namun Jurulatih Felda United, B Sathianathan mengatakan Dickson mahu kembali ke Liga Malaysia tetapi permintaan harganya terlalu tinggi dimana luar kemampuan Felda United dan terpaksa melupakan hasrat untuk mendapatkan pemain tersebut.

Merujuk gambar dibawah dipetik dari instagram pahang_supporters_forever, terdapat caption mengatakan


"Dickson Nwakaeme Join Pahang FA BACK, Kelihatan satu info yang menyatakan Pahang FA sempat mendaftar seorang lagi pemain import baru sebelum tamat pendaftaran pemain pertengahan musim. Kelihatan di situ nama orang besi kembali mengegarkan liga Malaysia, jika benar info ini. jaga jaga semua." pahang_supporters_forever


Foto Muhamad Syazlan.


Namun, apa yang menarik perhatian kami adalah pemain import Pahang Matheus Alves turut like gambar 'Senarai Pemain Import Pahang' yang dipost di instagram pahang_supporters_forever.


Kita tunggu dan lihat jika Senarai Pemain Import Pahang dalam gambar sahih atau tidak, Kemeriahan bolasepak Liga Malaysia sudah seperti bolasepak Eropah dengan pelbagai-bagai berita perpindahan yang mendebarkan.