RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Ahad, 16 Julai 2017

Harry 'And The Gang' Jenayah Berat Tumpas Di Kota Bharu

KUMPULAN Harry Gunung yang aktif melakukan jenayah berat di Kelantan dan Terengganu, tumpas selepas tiga lelaki termasuk ketuanya, Harry, ditahan di sebuah kedai makan di Melor, Kota Bharu, tengah malam tadi.
Ketika ditangkap pada 12.10 tengah malam, berlaku pergelutan dan seorang daripada suspek melepaskan tembakan ke arah anggota D9 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan.
Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata, tembakan dilepaskan dalam cubaan seorang suspek yang ketika itu berada dalam Perodua Axia, melarikan diri.
"Anggota polis melepaskan lima tembakan ke arah tayar kereta suspek dan dia berjaya ditangkap.
"Dua suspek lagi ditahan ketika berada sekitar kedai makan berkenaan. Semua suspek berusia antara 25 hingga 30 tahun dikenali sebagai Harry (ketua), Adik Ba dan Mat Yi.
"Mereka sudah lama dicari susulan 20 kes samun bersenjata, curi kenderaan, pemerasan, ugutan, mendatangkan cedera, khianat dan menceroboh di Kelantan dan Terengganu," katanya dalam sidang media di IPK Kelantan, hari ini.
Hasanuddin berkata, pihaknya berjaya merampas sepucuk pistol jenis Revover .38 yang digunakan untuk aktiviti jenayah serta tiga pedang.
Katanya, pemeriksaan dalam kereta turut menemui pelbagai kunci kereta, barang perhiasan wanita (emas), perenjat elektrik dan peralatan memecah rumah dan curi kenderaan.
"Semua suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga Sabtu untuk siasatan Seksyen 3 Akta Senjata Api 1971 (Penalti Lebih Berat dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960," katanya.

Sumber : METRO