RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Jumaat, 14 Julai 2017

'Lupakan Kekalahan Lepas, Percayalah Kita Boleh Bangkit' - Alfredo Gonzales


KOTA BHARU: The Red Warriors (TRW) berjaya mengatasi rasa murung kalangan pemain menjelang kunjungan Perak untuk aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam esok.
Pengarah Teknikal TRW, Alfredo Gonzales, berkata anak buahnya sudah melupakan hal kekalahan lalu dan kini memikirkan cara mencipta kemenangan bagi mengubah kedudukan dalam carta Liga Super.
"Lupakan kekalahan lepas, kita perlu bayar dengan kemenangan pada malam esok. Perlawanan itu penting... saya beritahu semua pemain supaya positif dan sentiasa melihat ke hadapan, bukan ke belakang.
"Percayalah, kita masih boleh bangkit dan kekalahan sebelum ini tidak sekali-kali mematahkan kekuatan pasukan kerana mereka masih mempunyai dua perlawanan pada bulan ini yang dijangka mampu memberikan mata kepada Kelantan.
"Namun, saya akui pasukan kini terpaksa bermain tanpa beberapa tonggak penting antaranya Khairul Fahmi Che Mat dan Piya (Mohd Badhri Radzi) yang cedera dan terpaksa berehat satu bulan," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Berikutan masalah itu, Gonzales berkata, pihaknya tiada pilihan dan terpaksa menggunakan khidmat pemain muda yang jarang beraksi bersama skuad senior.
Mengenai perlawanan menentang skuad Bos Gaurus, Gonzales tidak menjanjikan kemenangan besar kerana keputusan itu terletak pada aksi 90 minit anak buahnya tetapi yakin TRW mampu mencipta kejutan di laman sendiri.
"Apa sahaja boleh berlaku sebaik wisel ditiupkan, sebab itu saya tidak mahu berjanji," katanya yang enggan mengulas lanjut perancangan pasukan ketika berdepan Perak.
Sumber : BERITA HARIAN