RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Jumaat, 14 Julai 2017

Macam Ketam.. Sherbegeth Kecam FAM Sama 2x5 Dengan KAFA


MACAM KETAM...

Itulah ungkapan sesuai buat FAM yang turut gagal menyelesaikan tunggakan gaji 5 bekas jurulatih negara.

Bekas pemain kebangsaaan Serbegeth Singh melabel kegagalan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyelesaikan tunggakan gaji lima bekas jurulatih negara sebagai kejam sedangkan tindakan itu tidak berbeza dengan apa yang dilakukan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA). 

Pengkritik Serbegeth Singh menyelar tindakan kurang FAM apabila menyamakan kegagalan badan induk itu menyelesaikan tunggakan gaji lima bekas jurulatih negara dengan KAFA.

Katanya, pendedahan Arena Metro mengeani keengganan FAM membayar penuh pampasan kontrak antara 7-9 bulan kepada jurulatih tempatan berkenaan cukup kejam berbanding KAFA yang hanya mengalami masalah kelewatan membayar gaji pemain mereka.

"Bagi saya KAFA dan FAM dua kali lima. Rasanya tiada bezanya, dua-dua sama saja, FAM kena cermin diri dulu kerana tindakan mereka juga tidak betul" katanya ketika dihubungi semalam.

"Seharusnya apabila FAM dipimpin pentadbiran baru mereka perlu menujukkan contoh yang baik kepada semua ahli gabungan. 

"Sebaliknya alasan FAM yang menyatakan tidak ada duit untuk membayar pampasan gaji itu tidak boleh diterima dan jelas sekali mereka tidak menghormati kontrak jurulatih berkenaan.

"Kalau tidak ada duit, pinjam, Jika tidak boleh pinjam, gadai harta tapi jangan sampai tidak bayar gaji" katanya

Kontrak kelima-lima jurulatih itu ditamatkan pada Mac lalu yang turut menyaksikan tempat pengendali B-22 Frank Bernhardt digantikan dengan Datuk Ong Kim Swee. 

Bagaimanapun Bernhardt berjaya meraih pembayaran penuh daripada FAM berdasarkan baki kontrak 10 bulan yang berjumlah RM700k, Kontrak Berhanrdt dijadualkan tamat sebaik temasya Sukan SEA di KL berakhir penghujung bulan depan.

Bagaimanapun lima jurulatih tempatan itu mengalami nasib berbeza apabila FAM enggan memenuhi  baki kontrak mereka apabila sekadar membayar gaji tiga bulan. Lima jurulatih terbabit iailah bekas jurlatih skuad senior, Hassan Sazali. 

Mohd Waras, Bekas jurulatih kecergasan skuad senior, Ruben Jude, bekas penolong jurulatih B-22 Aminuddin Hussin, Bekas penjaga gol B-22 Megat Amir dan bekas jurulatih kecergasan B-22 Mashidee Sulaiman.

"Kelima-lima jurulatih itu sudah banyak berjasa keapda pasukan negara, Layan mereka dengan adil dan beri hak mereka. 

"Jika FAM tidak serius menangani isu ini, jangan marah kalau ada kelab yang tidak bekerjasama dengan mereka seperti isu pelepasan pemain untuk pasukan negara" kata Serbegth

Pengkritik sukan itu juga menyarankan FAM supaya cermin diri sebelum menyelar ahli gabungan.

Sumber : Akhbar Metro hari ini 14 Julai bahagian Arena.
Sumber : Akhbar Metro hari ini 14 Julai bahagian Arena.