RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Khamis, 17 Ogos 2017

10 Sebab Rata-Rata Penyokong Kelantan Tidak Mahu Dato Vida Jadi Presiden KAFA


10 Sebab Rata-Rata Penyokong Kelantan Tidak Mahu Dato Vida Jadi Presiden KAFA

1. Salah satu dari dua syarat Dato Vida iaitu mahu penyokong TRW beli produk Pamoga Qu Puteh mendapat reaksi negatif dianggap 'Mengarut' dari para penyokong  kerana harga produk bukan murah dan bukan harga mampu milik di setiap golongan.

2. Dato Vida tidak ikhlas mahu membantu Kelantan kerana beliau lebih mengutamakan jualan produk berbanding pasukan negeri Kelantan.

3. Dato Vida mungkin akan tarik diri sekali lagi di tengah jalan buat kali kedua jika jualan produk di kalangan penyokong TRW tidak memuaskan hati Dato Vida dan juga bukan seorang yang boleh menerima kritikan berbisa(takir) daripada beribu-ribu penyokong TRW.

4. Dato Vida seorang tiada jiwa bolasepak tetapi seorang bisnes yang bijak yang mengambil kesempatan atas kesusahan pasukan Kelantan dan para pemain TRW dengan membuat promosi produknya.

5. Penyokong Kelantan tidak mahu Dato Vida sekali lagi mengacau penaja lain seperti kes dahulu apabila Dato Vida mahu jenamanya DSV menggantikan HORC(Nike) sebagai jenama jersi Kelantan 2016 sekaligus menghampakan harapan penyokong Kelantan mahu memakai jersi jenama Nike

6. Penyokong Kelantan FA serik tidak mahu kena tipu lagi dengan harapan palsu diberikan Dato Vida mahu membantu pasukan Kelantan seperti sebelum ini.

7. Penyokong Kelantan FA tidak mahu jersi Pink kembali menjadi warna jersi utama pasukan The Red Warriors pada musim hadapan

8. Penyokong Kelantan FA tidak mahu perempuan jadi pemimpin KAFA dan juga individu yang selalu timbulkan publisiti negatif dan murahan sehingga boleh menjatuhkan imej pasukan Kelantan FA

9. Ultras Kelate, Gate H Boys turut tidak mahu dan berharap Dato Vida tidak lagi mencampuri urusan bolasepak Kelantan kerana DSV dianggap seolah-olah mahu meraih publisiti sekaligus memberi promosi produknya secara tidak langsung,

Inilah komen Gate H Boys melalui facebook rasminya :

"Pesanan khas untuk Seri Vida. Cukup cukuplah nak cari publisiti murahan, cukup cukuplah nak buat drama. Anda sudah cukup bersohor diserato alam dekat Malaysia ni. Tidak perlu masuklah dalam urusan bola sepak Kelantan. Baik dari segi Sponsor ataupun mahu melobi menjadi Presiden KAFA ataupun apa apa hok berkaitan dalam bolasepak Kelantan.
"Bukan kito bodoh sombong takse raih sponsor, takse raih orang serupo demo. Benda sudah terbukti sebelum ni banyak buruk dari baik. Cukuplah dengan mimpi buruk kami penyokong Kelate dengan stadium warna pink hok demo tinggal. Mungkin duit segala galanya bagi orang serupo demo, tapi bagi kami rakyat Kelantan. Cukuplah hidup dengan berpada pada, dengan tenang tenang saja nikmati bolasepak dengan cara "kampung" kito dengan cara maruah kito terbelo.

"Cukup cukuplah sebelum ni dengan gelaran The Pamoga Qu puteh The Red Warriors. Mengucap panjang Ayoh Haji hujung kampung dengar namo Rek Woriyorrrr. Walaupun sekodar sekodar demo buat berito gini. Takpolah ni ambo tolong promo ko demo Seri Vida. Cumo mitok tolong toksoh jadi bagar kokse kokdelah.
"P/S : Bayar suratkhabar untuk buat berita viral jah sebenarnyo kakah ni." - Gate H Boys 

10. Kesimpulan, hampir majoriti para penyokong The Red Warriors tidak mahu Dato Vida kembali apatah lagi mahu beliau menjadi presiden KAFA seterusnya kerana beliau pernah mungkir janji dan menghancurkan harapan semua penyokong Kelantan sebelum ini.