Jumaat, 11 Ogos 2017

"JDT Satu Tanda Aras Patut Diikuti Semua Pasukan Dan Perlu Leader Seperti TMJ" - Hai O


Gambar : PFAM

"JDT Satu Tanda Aras Patut Diikuti Semua Pasukan Dan Perlu Leader Seperti TMJ" - Hai O

Ketika FB LIVE 'FACE OFF' DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR, SHEBBY SINGH DAN PANEL JEMPUTAN YANG LAIN. Hairuddin Omar menyatakan JDT adalah satu tanda aras dan sepatutnya diikuti semua pasukan Malaysia

Hairuddin Omar : "JDT telah meletakkan satu tanda aras dan sepatutnya diikuti semua pasukan-pasukan malaysia, Untuk menjadi seperti JDT telah lakukan, ia memerlukan leader yang seperti tuanku, saya bukan kata saya nak memuji sebab saya bermain banyak pasukan"

TMJ : "Berapa pasukan yang awak main? First?"

Hairuddin Omar : "Saya main 7 pasukan, First Terengganu, ATM, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan, T-Team"

TMJ : "7 weh"

Hairuddin Omar : "Saya melihat untuk menjadi leader, ketua kepada pasukan bolasepak di Malaysia, Ia memerlukan seseorang yang pertama visi yang jelas kemana mahu bawa pasukan tersebut, yang kedua mesti ada minat kepada pasukan dan bolasepak, dan yang ketiga ia mesti ada sedikit kuasa, dengan kuasa yang ada dia boleh mengarah, itu penting dalam bolasepak, ini asas yang perlu ada dalam pasukan-pasukan sebenarnya, kalau tanya saya pemain, jurulatih, siapa yang tak nak main dengan JDT, siapa yang tak nak jadi coach JDT, sebab kat sini semua fasiliti cukup lengkap untuk sebuah pasukan bolasepak"

TMJ : "ia datang dengan kerja keras, komitmen dan basically pun saya pun belajar dari ramai orang juga"