RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Jumaat, 11 Ogos 2017

Safawi Harap Barisi Dalam Senarai Akhir 20 Pemain Skuad Sukan SEA


Sukan SEA: Safawi harap barisi senarai akhir 20 pemain
Gambar : STADIUM ASTRO


Penyerang skuad bawah 22 tahun (B-22) negara, Safawi Rasid, mengakui berdepan saingan sengit untuk berada dalam senarai akhir 20 pemain bagi menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 susulan terlepas aksi kelayakan Piala AFC Bawah 23 Tahun, bulan lalu.

Safawi tidak dapat bersama ke Bangkok, Thailand ekoran tidak mendapat pelepasan daripada Johor Darul Ta'azim (JDT) yang memerlukan khidmatnya bagi menghadapi saingan Liga Malaysia ketika itu.

Bagaimanapun, dia kembali memperkuatkan pasukan dengan misi membantu skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee merebut ibu segala emas dalam temasya KL2017.

"Sekarang ini saya cuma berusaha dengan baik. Insya-Allah jika jurulatih Kim Swee memberikan peluang, saya akan beri yang terbaik," ujar Safawi.

Beraksi di posisi penyerang, pemain kelahiran Terengganu ini perlu bersaing dengan Syafiq Ahmad, Jafri Firdaus Chew, S. Kumaahran, N. Thanabalan dan Sean Eugene Selvaraj bagi merebut tempat dalam skuad akhir Kim Swee yang akan diumumkan esok.

"Saya tidak ada masalah kerana walaupun terlepas saingan kelayakan Piala AFC B-23 Tahun, saya sudah bersama mereka sebelum ini," tambah Safawi.


Sumber : STADIUM ASTRO